Wednesday 5 July 2017

KAWASAKI ZX25R 4 SILINDER COMING 2018?


Dengar citer ada ura2 kawasaki ni nak keluarkan model ninja 250 4 silinder dan mungkin launch next year 2018 ni.... Fuh! bunyi mmg gempak mcm superbike. Byk dah gambar2 bocor pasal model kawasaki baru ni.




Ni semua antara gambar2 yg leaked , nak kuar kan model senyap2 , tp ni dah bocor skit . Huhu , tp x sure model ni betul2 akan keluar atau tidak. tp kalau keluar , spec yg dijangka

- engine DOHC 250cc 4 Silinder
- 40 HP at 12,000 RPM
- 30Nm Torque at 9000 RPM , kalah 150RR. hihi
- 6 Speed gear manual transmission
- Liquid cooling system ofcoz la ada.

Harga dianggarkan RM30k gitu. hmmm oh malaysiaku.



Saturday 25 February 2017

KOREK LEGEND 2 STROKE ( RAHSIA APRILIA RS125)

KORANG MESTI KENAL LEGEND2 2 STROKE mcm

- Aprilia rs125
-cagiva mito 125
- kawasaki rr150
- yamaha tzm 150
- yamaha 125 z
- yamaha rxz 135

most brand atas ni korang kenal kan3?? So ape point aq sebenarnya ?? Korang tgk database yg aq buat ni . tgk gambar kat bwh ni KLIK KAT GAMBAR NI UNTUK TGK FULL.




ce korang perati jer Moto italy dua ekor ni . cc kecik jer . tapi POWER ! Horsepower dye mmg tinggi sampai 2 kali ganda drpd kuasas std yamaha 125z.

Kita tgk moto moto APRILIA RS125 .

- Compression tinggi 14.5;1
- carburetor brand DELLORTO 34mm . besar gak tu
- mj pj x de ler besar mana
- ada powervalve. x de power valve , susah nak dptkan volume efficiency yg tinggi . Amende VE ni ?? rs125 cc125 jer tp power dekat2 TZM150 tau. tu maknanye VE rs125 ni tinggi ler. lg tinggi lg bagus.

VF (variable factor)  = 0.74

size carb 34mm

34mm X 5 = 170

34mm X 5 X 0.9 = 153

170 |+ 153 = 323

323/2 = 161.5

161.5 X 0.743 = 120 saiz mj aprilia rs125. diorang pakai VF 0.74 untuk dptkan size mj yg optimum untuk aprilia rs125. so kalau saper2 nak pakai carb ni. VF ni ikut moto masing2 . bila start using spek moto. VF ni akan berubah. so agak susah nak bgtau camner na buat. tunggu dlm posting akan dtg.

okay lah x nak pening2 citer sgt. Boleh try pakai Carb rs125 kalau korang dah start buat moto tu compression ratio lg tinggi. mcm rs125 punya bacaan CR. main jet besar sgt pun x guna. Rs125 x yah bg minyak lebih pun power jer. Cerita dye kat sini yg penting ngam dgn specs masing2 dan power setting carburetor. jgn besar sgt mj dan jgn kecik sgt. gunakan database yg sy bg kat gambar tu untuk korang fahami dan selami . yg penting kat sini setting mj pj mesti ngam dan tuning skru minyak mesti pandai. benda ni kena praktis selalu.




Thursday 23 February 2017

SAIZ MAIN JET YANG SESUAI


MAIN JET ni control ratio FUEL direct dgn throtle . PILOT JET control minyak time IDLING.

So post ni citer pasal main jet dulu.

PERSOALAN NYE. CAMNER NAK TAHU SIZE YANG SESUAI UNTUK CARB KORANG??

now kita citer jenis untuk carb MIKUNI model VM sahaja dahulu. YAMAHA Mostly pakai brand MIKUNI.


Saiz mainjet byk dipengaruhi oleh SAIZ CARB . katakan size carb 125zr std 24mm . main jet 115 pj 22.5

mcm mana diorang kira boleh dpt size mcm tu? Ha tgk formula ni

1. Size carb (mm) X 5 = size mainjet 1

2. size carb (mm) X 5 X 0.9 = size mainjet 2

3. (saiz mainjet 1 + saiz mainjet 2 ) bahagi 2 = jawapan + 1

Kita kira kan size carb 125 zr yg pakai carb 26mm .

1. 26 X 5 = 130

2. 26 X 5 X 0.9 = 117

3. (130 + 117) bahagi 2  = 124 X 0.96  = 120 size mj yg CUN dah untuk carb 26mm

4. so size mj yg sesuai adalah  saiz main jet 120 okay dah tu. jgn jauh sgt udah ler .


kalau size carb 22mm mcm std 125zr kuar kilang.

1. 22 X 5 = 110

2. 22 X 5 X 0.9 = 99

3. 110 + 99 and then bahagi 2 = 104.5 X 0.96 = 100

std size mj 125 std kilang , adalah size 100 .


Kalau Yamaha LC135 lak kita kira size mj dye . saiz carb lc std kilang adalah size 22mm

1. 22 X 5 =110

2. 22 X 5 X 0.9 = 99

3.  99 + 110 nthen bahagi 2 = 102 X 1.03 = 105

std lc pakai size mj 105 , so size yg sesuai antara 105 - 110 untuk lc carb size 22mm

jgn pakai size mj yg melebihi drpd upper limit dye . upper limit adalah size yg kita kira pada awal2 cari size mj tu .  dan jgn gunakan mj yg lg rendah drpd bacaan lower limit drpd kiraan pada bahagian no.3.

Upper limit dye = 110
lower limit dye = 105


RXZ DAN RR150 KIRAAN LUARBIASA SKIT

untuk Motor mcm RXZ and RR150 size mj pj diorang agak besar , dan kiraan untuk 2 moto ni x sama mcm motor yg lain

size carb RXZ  26mm
mj 210 pj 22.5

still lg formula yg sama cuma ada tambahan skit

jom kira size yg sesuai untuk rxz ber - CARB size 26mm

1. (26 X 5) = 130

2. (26 X 5) X 0.9 = 117

3. 130+117 = 247 X 0.85 = 210 mj

 210 mj . so itulah size std mj untuk rxz carb bersize 26mm .

Untuk RR150 plak ada formula rahsia dgn variable aspect. Since RR150 ada powervalve , so ada sedikit pengaruh pada cara kira untuk RR150 . unik betul.

RR 150 lak carb size 28mm . so kiraan dye mcm ni

1. 28 X 5 = 140

2. 28 X 5 X 0.9 = 126

3. 140 + 126 = 266

4. 266 X 1.05 = 280 Mj . ni la size std mj untuk rr150 . size 280

kalau size carb rr150 naik sampai size 30mm

1. 30 X 5 = 150

2. (30 X 5 ) X 0.9 = 135

3. 150 + 135 = 285

4. 285 X 1.05 = 302.4 size -->> 300 mj terus . bundarkan ke nombor yg terdekat.

kalau kau pening2 kepala sgt , korang pakai bahagian 1 jer. 30mm X 5 = 300. ha pakai size 300 mj .

lain carb lain cara kira. ni Kiraan formula untuk moto 125zr , lc rr dan rxz. motor2 lain yg pakai carb mikuni boleh pakai formula ni. keihin x sure. try kira pakai formula ni. kalau ngam dan x lari jauh sgt dprd size mj asal. okay la tu.


Size mj ni ikut size diameter carb , mcm 26mm , 28mm, 30 , 32mm

size CARB lak ikut size cc moto. bab ni kita akan sentuh kemudian.

Formula nak kira ni ada byk sgt formula yg x sama. mcm2 la cara kira. stakat ni , formula yg diberi ni paling mudah untuk difahami. untuk rr jer rasanya senang nak kira.

kiraan untuk carb UMA RACING ni sy kurang pengalaman . dan x sure.  Kalau sy x tahu . sy ckp x tahu.

contoh carb mikuni






Tuesday 21 February 2017

CARA SETTING CARBURETOR 4 STROKE

MOTO DAH BIKIN KE BRO?
.
TOP SPEED X SAMPAI??
.
HABIS PULAS THROTTLE PUN X BOLEH BLAH GAK??
.
Ha ni sifuracing na share skit pengalamn sendiri setting carb , ape muto pun sama jer , asalkan pakai carburator.
.
Ikut step bwh ni ha

START SETTING SEKARANG




Sambil start engine skang ni, Korang nampak x ada 2 skru boleh diputarkan?? First korang usik jarum panjang tu, yg panjang tu adjsut idle rpm speed. Korang usik jarum ni sampai rpm naik sampai 3000RPM . 
.
Okay dah 3000RPM ?? Usik plak skru yg bwh tu mcm dlm gambar , yg mcm duk tenggelam dlm carb tu , skru untuk adjust AFR (Ratio Udara dan Minyak). Korang pusingkan skru kecik tu adjust sampai LEAN , nak tahu lean atau x bila RPM start turun maknanya korang dah pusingkan kearah yg betul. Buat mcm tu sampai la Sehabis2 Engine Running LEAN. dan dlm masa yg sama pastikan engine x mati , adjust skit skru idle tu.
.
okay now engine dah running dgn lean mixture ,pada tahap ni , RPM dyer x steady , kejap naik kejap turun. So korang adjust balik skru AFR tu , slowly pusing skit2 arah lawan jam , bila korang tgk RPM dah steady dan constant . X de bobok . Itulah Setting paling optimum. Bab mj pj ni susah nak sebut , Kalau na dptkan POWER yg MAKSIMUM drpd setting carb , x perlu bg minyak lebih ke , kurang ke , Bg setting minyak lebih , jd RICH mixture ni  Engine nt kuasa lagi drop adalah. dan sgt2 x efficient dr segi fuel consumption. Kalau motor ada bobok maknanye setting x cun , sama ada dr segi setting x cun atau pun pj mj x ngam. setiap motor berbeza . tp refer balik post2 sy dlm blog ni cerita sy ttg modified 4 stroke dan 2 stroke. bab carb sy ada sentuh size yg sesuai. Makan masa pelan2 ye nak hadam semua ni. 






Monday 20 February 2017

YAMAHA MT-09 TURBO KIT 192.9HP!!

YAMAHA MT-09 TURBO KIT!!?? WOW MCM BEST JER NI , LEPAS NI BOLEH LER TAPAU
.
.
Macam best jer dengar ni , kat Austrolia dah start pakai turbo kit kat mt-09 ni , mmg berdesup jadinya , dah boleh challenge superbike litre.


camno rupanye mt09 pakai terbo ni ye??



Dasyat intercooler dye, mmg custom cun2 punya.



Tudia aih 192.9HP

Ni Kalau order turbo kit ni , sampai malaysia jer dah boleh pasang terus dan kena tune.






Dengar mcm best jer kan pasang turbo kit ni , tambah 2 mt-09 ni pickup mmg dah kuat sgt2!! Letak turbo , jd raja jalanan terus. huhu tapi berapa harga kit ni ye??

Harga COMPLETE KIT TURBO ni dlm RM30,000.00 RM30 k bro! kalau sanggup , beli lah . Baru RARE kan?? x pernah lg tgk MT-09 Kat malaysia ni pakai turbo , yg pakai ekzos mahal2 ni dah bersepah.  Kalau nak beli nah link mat saleh yg jual ni ---->> Extreme creationS

Naikkan TOP SPEED dgn GEARING COMMANDER


Assalamualaikum , ha kali ni nak share pasal GEARING COOMMANDER. Amender tu ??
Dye satu software yg boleh digunakan untuk dptkan maklumat. Kalau korang aim TOP SPEED tertentu dgn jenis moto korang yg berbeza , boleh gunakan DATABASE GEARING COMMANDER ni. Mcm2 jenis moto ada dlm tu. Korang masukkan lah maklumat yg diperlukan .

Klik sini untuk Buka laman WEB GEARING COMMANDER ni ---->>> GEARING COMMANDER


Nah korang baca lah tulisan comel tu , pnadai2 hadam camner nak gunakan software ni. X susah mana pun .

TIPS UNTUK ADJUST TOP SPEED DLM GEARING COMMANDER

1. Naikkan Saiz Rim , kalau 17 inci , up to 18 inic

2. Tayar belakang pakai size besar tebal dan tinggi.

3. Buang cutoff , tukar cdi henjut sampai 13k RPM.

4. Besarkan size spoket depan , kecikkan size spoket belakang.

5. Tukar Gear Ratio.



Ni contoh Gua punya LC135 !! tgk kotak hitam atas ni , gua pakai size tayar belakang 110/90 dgn rim 18 ...cdi gua cut off 12000 RPM , Spoket gua lak 16/33 . Top speed gua kat gear 4 habis pulas boleh go sampai 239 km/h GPS. Setting mcm ni moto gua boleh la blah MAXIMUM sampai TOP SPEED 239km/h . Tp korang kena fhm moto gua std lak , blok kecik , x leyh support lak , habis pulas pun 120 km/h . Setting spoket tayar ape sumer dah cun , NOW MASA UNTUK BG ENJIN YG LAGI POWER UNTUK SUPPORT SETTING TOP SPEED NI BRO!!

Ha dah habis citer , Engine + Setting Top speed = BARU BOLEH GO.



Sunday 19 February 2017

TIPS LAJUKAN MOTOR Y15 ZR


Assalamualaikum kepada rider2 Y15 zr , Kalau korang baca ni , konfem tgh cari resepi nak lajukan Y15 zr korang la tu. huhu
.
Okay segalanya perlukan modal , sifuracing share skit2 arr cam ner punya spec dgn kos dan nak buat kat bengkel mana.

First kita citer pasal STAGE 1

STAGE 1 kita rekemen

- Forged piston 57mm high comp
- Camshaft SBK C1
- Exhaust (standard/chamber)
- ECU programmable
- ECU MAPPING dan pi dyno buat tuning

anggaran kos STAGE 1 ni dlm RM 1500

Stage 1 ni sesuai untuk layan top speed terlajak skit . Dlm 160 km/h. Stage 1 ni sesuai untuk pakai lenjan hari2, minyak still lg jimat.

STAGE 2 punya Spec

- Big bore kit 60mm - 63mm forged piston
- Camshaft SBK C2
- Racing valve spring
- Exhaust (standard/chamber)
- ECU programmable
- ECU MAPPING dan pi dyno buat tuning

anggaran cost STAGE 2 ni dlm RM 1800

Stage 2 ni sesuai kalau korang nak pakai untuk guna hari2. Long distance still no problem. Top Speed boleh cecah 180km/h. Depend jugak pada setting spoket dan berat rider juga mempengaruhi Top speed sebenar. Tp kalau stage 2 ni boleh expect 180km/h . 

STAGE 3 punya spec

-  Big bore kit 60mm - 63mm forged piston
- Camshaft SBK C3
- CNC adjustable cam gear
- Racing valve spring
- Racing throtle body
- Exhaust (standard/chamber)
- ECU programmable
- ECU MAPPING dan pi dyno buat tuning

anggaran cost STAGE 3 ni dlm RM2200

Stage 3 ni still lg sesuai nak buat pakai hari2. long distance no hal. Janji setting cun. Tapi kalau bab top speed , kena expect boleh go sampai 190km/h. Lebih drpd tu kira bonus. ni speed ikut GPS ye.

STAGE 4 punya spec

-  Big bore kit 63mm - 66mm forged piston
- Camshaft SBK C3
- CNC adjustable cam gear
- Racing valve spring
- Racing throtle body
- Exhaust (standard/chamber)
- ECU programmable
- ECU MAPPING dan pi dyno buat tuning

anggaran Cost Stage 4 dlm RM3500.

Stage 4 ni  dah start  kena rajin tukar minyak hitam  , long distance boleh lagi , tp minyak semakin meroket. top speed boleh expect go sampai 200 km/h. 

STAGE 5 punya spec

- crankshaft stroke  66.7mm
-  Big bore kit 63mm - 66mm forged piston
- Camshaft SBK C5
- CNC adjustable cam gear
- Racing valve spring
- Racing throtle body
- Exhaust (standard/chamber)
- ECU programmable
- ECU MAPPING dan pi dyno buat tuning

anggaran cost STAGE 5 ni RM4500.

Stage 5 ni buat pakai dekat2 boleh la. Nak long distance selalu x rekomen. da main jackrod. Sayangi jentera anda, sayangi duit anda.

Nak buat kat mana ?? bengkel mana yg sy rekemen?? so far mcm Palex sy pernah hantar sana so far okay jer LC sy dibikinnye.  nah FB PAGE --->>> Palex speed shop

Tapi Kalau untuk TUNING MOTO YANG POWER! sy rekemen  OTAI tuning motor  PRO TUNER , nah FB page Beliau ---->> Pakar TUNING MOTOR . ni bukan calang2 orang. Segala moto yg pakai Ecu mmg sy rekemen sgt2 hantar kat dia. Insyaallah kuasa sebenar moto beliau dpt keluarkan.



Y15zr Stage ?? huhu