Sunday, 19 April 2015

HASIL TITIK PELUH PERNIAGAANKU SELAMA 5 BULAN


Alhamdulillah , syukur pada Allah dgn rezeki yg diberi olehNYA .... mungkin org akn berfikir saya berlagak, dan hanya ingin menunjuk-nunjuk apa yang saya ada , TAPI , niat saya nak tunjuk semua yg saya kecapi  hasil daripada titik peluh saya berniaga, supaya saya dapat menyedarkan orang lain , kalau nak kaya , nak hidup lebih senang , ayuh lah berniaga , niat saya nak menarik lebih ramai orang-orang melayu menjadi ahli perniagaan. ..sy yakin ..kita semua boleh berjaya..cuma adakah kita dah cukup berusaha ??

selepas sebulan sy berniaga... sy dah lama idamkan 125 zr biru gp ( WB 851 B) .... akhirnya sy berjaya memiliki satu..... dgn bayaran muka sebanyak rm4950 ... bulanan rm270 selama 2 tahun ... almaklumlah perniagaan masih baru ..so x leyh buat loan AEON ...beli 125 pun hutang kedai jer...rr tu dah beli sebelum sy berniaga lg , bulanan rm350 ..2 tahun jugak ... parak aq
 WXJ 6555 ninja 250r ...moto ni aq beli secara sambung bayar (tiba2 jd aq plak .)... disebabkan aq x boleh beli pakai nama sendiri sbb usia terlalu muda .... dan x de payslip ... so sambung bayar jer la..rm460 sebulan .... sakit aq nak bayar .... tp alhamdulillah ..dgn berniaga jer aq dpt bayar motor2 ni sumer ....
 Selepas aq berniaga hampir 5 bulan ..baru lah aq dpt pakai motor baru ..z750 ..dgn bayaran muka rm13k  ..bulanan rm680 selama 5 tahun...ni pun hutang kedai ...alhamdulillah ...ada la jugak drpd x de...oh ye ...aq da jual rr aq ...rm7k ..pastu sambar motor z750 ..tambah skit duit dp
 Huhu , h2r.... idaman aku ..aq yakin aq boleh memilikinya suatu hari nt ..amin
so stakat ni ..aq bayar untuk 3 moto .. RM1410 sebulan ...wow..parak wei... tp alhamdulillah..dgn berniaga jual beli .... x pernah cuti ..x pernah tutup kedai..akhirnya aq berjaya memiliki nya.... Kalau aq boleh ..org lain pun mesti boleh..... asal aq bwk kriss jer ... dimana ada kemahuan disitu ada jalan..hendak mcm aq?? seribu daya bro....
 jom geng ..kita berniaga ... x kisah la meniaga apepun ..janji x tipu org ... janji halal ...

Friday, 27 February 2015

RAHSIA TEBALKAN POKET ANDA DENGAN MODAL RM450


rahsia ini mudah sahaja  , saya pun baru terfikir masa saya duduk-duduk dalam bank , okay ... tgk niyh


Dengan modal saya RM450 . saya mapu menghasilkan duit setebal ini .. saya yakin ramai lagi yang masih tak tahu lagi bisnes apa saya buat sampai saya boleh tebalkan duit saya sampai macam ni.


okay , rahsia dye begini 


Anda pergi ke bank dengan RM50 sebanyak tujuh keping ..so total rm350 kan??

kemudian , anda pergi tukar duit tersebut kepada RM1 so akan dpt 350 keping kan?? So tebal x poket lepas tu?? 

nthen letak lah duit RM 50 kat atas timbunan duit rm1 tu ..huhu 



maka dengan ini akan muncul lah ramai anak2 melayu yang poket tebal2 penuh dgn duit ..huhhuhu jangan marah ye ..nak bergurau jugak skali sekala hihihihi

Monday, 16 February 2015

MODIFIKASI NINJA RR150 (EKZOS)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ramai yang tertanya tanya ekzos apa yang terbaik untuk pickup dan top speed. Soalan ini agak rumit untuk dijelaskan kerana kebanyakkan ekzos yang saya jumpa , rata-ratanya jenis aftermarket, dan banyak sangat jenis saiz chamber , diffuser dan baffle yang berlainan diameter dan panjang.

Mula-mula kena faham apa fungsi expansion chamber ni .


(x habis2 gambar ni lagi, huhu , satu gambar seribu cerita =D)

Lihat pada gambar rajah, sekiranya ekzos yang anda pakai mampu menendang semula lebihan minyak yang terkeluar daripada end stroke sebelumnya dengan timing yang cun, nescaya 40HP dalam tangan anda dipadankan dengan blok PDK gold. Namun bukan mudah, kebanyakkan ekzos aftermarket yang saya jumpa , kebanyakannya adalah mengarut, power band yang mengarut dan owner sampai rasa nak mencarut. Huhu. Kalau dapat paip aftermarket yang sedap , itulah nasib anda sangat baik. Sebenarnya, realiti yang saya lihat, setiap kali rakan-rakan saya menukar kepada ekzos paip , pasti mereka akan kata susah nak set MJ Pj.. Set ?? set la macam mana skali pun , kalau paip tu timing mengarut, maka saya akan mendengar mereka berkata gear 5 6 tak hidup , power lemau , susah nak set, dan sebagainya. Maaf ye rakan-rakan sekalian sekiranya kata-kata saya agak mengguris hati, namun saya berniat supaya kita lebih berhati-hati kalau nak keluarkan duit nak beli ekzos. Setakat ini saya belum jumpa lagi ekzos yang terbaik untuk RR150 selain daripada ekzos Jenama Tsukigi.


Ini adalah ekzos yang saya puas mencari . Ekzos ini terbukti memang terbaik dan ngam untuk blok PDK gold. Ekzos ini tidak sesuai untuk blok std rr150 kerana design timing ekzos Tsukigi ini adalah direka khas untuk blok jenis 1855 iaitu Blok Pdk gold , Silver pun ada. Dengan menggabungkan ekzos ini dengan blok PDK , ketahuilah kamu , setting balik carb std tu , 40 HP menanti anda. 40HP tu adalah kenaikan sebanyak hampir 33% daripada asal RR150 sedia ada. Boleh bayangkan beza kuasa 33% yang lama dengan RR150 model baru sedia ada?? huhu ...


KAWASAKI KRR150 SE

Dulu PDK Thailand mengeluarkan Ekzos Tsukigi ni sebagai OEM parts untuk kawasaki KRR150 SE. Model SE ini lah yang dikatakan mempunyai Power mencecah 40HP pada rpm 10500 . Saya harap, perkongsian saya yang tidak seberapa ini , dapat dimanfaatkan sebaik nya. Kalau saya salah , betulkan ye. Akan datang saya akan cerita lebih terperinci sehinggakan anda boleh design sendiri ekzos anda. Insyaallah. 

Sunday, 15 February 2015

MODIFIKASI KELAJUAN FZ150


Assalamualaikum , motor fz warna hitam diatas adalah milik saya suatu ketika dahulu.
Sepanjang saya menggunakan moto fz ni, minyak tersangatlah jimat , walaupun sudah dimodifikasi, ianya masih lagi jimat minyak. Okay, modifikasi apa yang saya buat ??

Spec moto Fz sy :
- Blok uma racing 62mm
- head porting
-High Cam uma Racing
- Throtle Body Uma Racing 32mm
- Ekzos Std Custom
-Fcu FSR
-injector 140cc
-Spoket 16-36

TOP SPEED - 170KM/H (SUPERMAN DUDUK)

Berdasarkan pengalaman saya, untuk menambahkan kelajuan, sudah semestinya kita memerlukan enjin yang lebih berkuasa, salah satu cara mudah adalah dengan menukar blok yang lebih besar. Saiz blok yang lebih besar banyak mempengaruhi jumlah Horsepower yang akan dihasilkan oleh enjin.
Btw, setelah menukar spec yang telah saya sebutkan, mendaki bukit genting , tu tidak lagi menjadi masalah , so sesiapa yang rasa nak modi fz bagi laju, boleh ikut spec mcm saya, dah modi , wajib pergi Tune Kat FSR. Boleh taip kat google untuk alamat FSR. Huhu

MODIFIKASI JENTERA RR150 (BLOK)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini saya nak bercerita tentang pengalaman saya sendiri mengubahsuai Jentera saya iaitu Kawasaki RR150 RR .

1.BLOK CERAMIC SHARK 68MM

Ramai kata blok jenis ni tak tahan lama, mudah panas dan sebagainya, mengikut pengalaman saya, blok ini berfungsi dengan sangat cemerlang, tidak lah mudah panas, tahan jalan jauh dengan saiz spoket 16-37 , pada gear 3 saya mudah menjejakkan meter rr selaju 170 km/h . Dengan menggunakan blok jenis ini , saya mudah mencapai top speed selaju 190km/h Gps. Itulah kelajuan maksimum rr saya dengan menggunakan blok ini. Bagi saya berbaloi menggunakan blok jenis ini kerana kuasa yang dihasilkan adalah sangat-sangat Ohsem, power , pickup mencanak. Saya beli blok shark ni pada harga RM540 di sentul pada tahun 2013. Apa yang kurang tentang blok ini adalah minyak agak parak dan piston tidak tahan lama. Digalakkan menukar piston setiap 10k km.




2.BLOK PDK GOLD 1855


 Setelah hampir setahun menggunakan blok shark ceramic 68mm dengan mileage 11k km . Saya terasa ingin mencuba blok PDK GOLD yang dikatakan power, sedap mantap dan sebagainya. Pada pengalaman saya, tidak lah se-POWER blok shark ceramic 68mm. Maklumlah saiz piston yang jauh berbeza. Bagaimanapun , performance blok pdk ini tidak lah mengecewakan, just saya kata sedap-sedap begitu sahaja. Power lebih kurang dengan Blok std RR. Kekurangan blok ini ?? Belum lagi dikenal pasti. Huhu . Minyak Jimat, itu sahaja review saya tentang pengalaman saya sarung blok ni. BTW seikhlas hati saya rasa menyesal pakai PDK , sebab moto saya tidak lagi laju dan pickup mencanak macam yang sebelum ni.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada pengalaman saya, kalau nak rasa power, bila pulas sedikit throtle , terasa sentap yang agak kuat, cubalah sarung blok shark ceramic 68mm .Berbaloi pakai blok shark ni.
 Yang menjadi isu adalah siapa tukang pasang blok anda?? siapa yang setting kan carb untuk ngam dengan blok baru anda?? adakah beliau pomen berpengalaman ?? Kalau salah setting, masalah yang akan jadi, blok calar, mudah panas dan risiko jem yang tinggi . So , carilah pomen yang anda yakini. =D .


Sebarang pertanyaan , silakan komen kat bawah ye. Saya akan cuba share pengalaman saya dengan anda. Btw saya budak baru belajar. =D

Friday, 13 February 2015

TIPS DAN CARA LAJUKAN MOTOR 2 STROKE ANDA

Assalamualaikum, zaman muda saya dulu banyak saya habiskan masa dan wang untuk mengubahsuai enjin motor untuk bagi laju. Walaupun motor saya takde lah laju mana pun, namun saya memahami asas yang wajib untuk melajukan motor jenis 2 stroke .



1. CYLINDER BLOCK



Block RR ceramic shark 68mm

Berapa jumlah cc motosikal anda akan mempengaruhi kekuatan enjin anda .
Kekuatan enjin diukur dengan membaca HP dan TORQUE. Pada pengalaman saya, semakin besar saiz piston yang digunakan, semakin tinggi HP anda,  bagi sesiapa yang beminat nak main highway, nakkan top speed jahat, seharusnya aim pakai blok besar, dan dapatkn 30HP keatas kalo nak dapatkan top speed 180 km/h keatas lebih  mudah. Kalo HP dah tinggi, barulah boleh adjust saiz spoket yang sesuai untuk top speed yang di inginkan.

ER6N 72.1 HP . top speed 200km/h
Yamaha R6 122 HP , top speed 260km/h
RR 150 27HP on rear wheel dyno . top speed 180km/h ( superman )

oh ye speed yang saya bagi untuk RR tu semua mengikut meter gps, kalau ikut meter rr dah ketuk saing-saing R6 jer.

2. HEAD 

tidak perlu pening-pening, kalau berminat nak power low-mid rpm, head potong sedikit, kalau nak rpm power kat top end, lebih baik biarkan standard. Ni tips paling simple , nak lebih detail nanti banyak nak pakai kalkulator.

3.EKZOS





Lihat gambar rajah , setiap kali end stroke, mesti ada lebihan minyak yang tidak terbakar lagi terkeluar, bila tengok balik gambar rajah, lebihan minyak warna hijau tersebut masuk kembali kedalam kebuk pembakaran, ini kerana chamber ekzos direka khas dengan timing yang tertentu supaya lebihan minyak tadi masuk semula. So, jangan pandai-pandai nak alter ekzos korek sendiri. Hantar kepada mereka yang berpengalaman dan terbukti di litar.Huhu. Kebanyakkan ekzos afterarket akan alter power motor anda di rpm yang tertentu . Dan kebiasaannya ianya direka untuk blok std dan porting std tanpa usik apa-apa. Mengikut pengalaman saya, ekzos std adalah yg terbaik untuk stable power output,kalau ekzos aftermarket, lagi la moto x boleh blah, tidak ada kena mengena setting angin minyak pj mj x ngam. Yang tak ngam timing pulse untuk tolak balik lebihan minyak yang terkeluar daripada end stroke sebelumnya. 

4. CARBURETOR

Semakin besar saiz piston, saiz carb juga perlu dibesarkan. Tapi sebenarnya saiz carb perlu lah sesuai mengikut saiz piston , senang citer tengok pada jumlah cc, 150cc seeloknya 28mm , pandai tune baik-baik better saiz carb 30mm , paling penting nak draw habis power put daripada enjin , kena adjust mj pj cun , make sure tidak terlalu lean dan tidak terlalu rich. Since 2 stroke naik dyno x boleh baca AFR , tu yang payah sikit nak set sebab asap 2T boleh rosakkan alat O2 sensor. Just check balik pada plug, plug reading la katakan. make sure dapat coklat2 basah, tu dah cun sangat.


Pengalaman saya yang tidak seberapa, ini sahaja yang saya dapat membantu , ni sumer based on my self experience. Ambil jernih , buang mana yang keruh, saya still banyak lagi nak kena belajar . =D


Thursday, 12 February 2015

JANA PENDAPATAN DENGAN MENCIPTA PRODUK SENDIRI

 Assalamualaikum, pagi-pagi ni lagi dah terfikir apa lagi cara yang boleh dibuat untuk tambahkan lagi pendapatan. Semua orang nak hidup senang , semua orang nak kaya. Tapi rata-rata kita semua tidak cukup berusaha untuk dapatkan sesuatu yang kita impikan. Tetapkan matlamat anda, kejar sampai dapat. Jom jana pendapatan dengan berniaga.

Ada macam-macam jenis perniagaan seperti servis dan perkhidmatan, jual beli barang dan sebagainya. Kalau menjual barangan , anda cari satu jenis produk yang selalu mendapat sambutan seperti :

1) Produk pelangsingan badan/ubat kurus
2) Produk kosmetik kecantikan kulit
3) Produk minuman kesihatan dalaman khusus untuk wanita

Tiga yang saya sebutkan tadi adalah antara produk yang laris dipasaran mengikut pengalaman saya sendiri sebagai seorang peniaga. Kadar keuntungan untuk produk-produk macam ni adalah diantara 20%-70% daripada harga barangan tersebut. Katakan anda menjual produk pelangsingan sendiri dengan harga RM50 tertulis dikotak , anda beli dikilang dengan harga RM10 sebotol , anda promosi barang anda tersebut, anda mencari pengedar yang boleh dipercayai, katakan anda mengambil keuntungan RM10 untuk setiap botol yang berjaya dijual . Jika sebulan anda berjaya menjual 20,000 botol ubat pelangsingan badan tersebut di pasaran seluruh Malaysia, berapakah keuntungan bersih anda ?? RM10 X 20000 botol = RM200,000.00 sebulan adalah keuntungan bersih setelah ditolak modal anda. Tolak kos-kos seperti iklan , utiliti , gaji pekerja dan sebagainya , RM100,000.00 masih lagi ada dalam genggaman tangan anda. Modal permulaan diantara RM25k-100k , bergantung pada jenis produk yang anda nak pasarkan. Boleh la buat pinjaman RM100k untuk buat produk sendiri, usahakan betul-betul, anda nekad nak jadi seorang usahawan . RM100k tu boleh dibayar balik dalam masa sebulan kalau kena caranya dan usaha yang gigih.

Usaha itu tangga kejayaan, kalau rugi pun tidak mengapa, biasanya bila kita dalam keadaan terdesak, masa itulah keluar dan munculnya idea-idea yang bernas. Jangan berputus asa.

''Saya berani mati mencuba usahakan sesuatu  daripada saya mati kecewa kerana tidak pernah mencuba.''

Hasrul Hasnan


Wednesday, 11 February 2015

TIPS MUDAH LULUS LOAN KERETA TANPA SLIP GAJI

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian, berdasarkan kepada pengalaman saya sebagai seorang peniaga, agak sukar untuk saya buat pinjaman rumah , kereta ataupun personal loan. Ada cara nya kalau nak lulus loan tu. Setelah saya mendalami ilmu-ilmu yang diperlukan , akhirnya saya memahami apa yang sebenarnya bank lihat pada seorang peniaga semasa permohonan untuk membeli kereta.

1. TRACK RECORD

Pernahkah anda membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana Bank sebelum ini? Jika ada , bank akan melihat kepada rekod pinjaman anda menggunakan sistem CCRIS and CTOS. Jika pembayaran balik yang dibuat oleh anda selama ini cun, maka lebih mudah untuk anda membuat pinjaman yang lain. Yang penting, pastikan nama CLEAR dan tidak di Blacklisted. Oh ye pastikan anda ada SSM ye yang dah berumur lebih 2 tahun adalah sangat2 ohsem.

2. INCOME

Bagaimana bank membuat anggaran pendapatan anda?? Setahu saya bank akan melihat berapa banyak duit masuk didalam akaun syarikat anda, katakan secara purata duit masuk didalam akaun anda adalah sebanyak RM 30,000.00 sebulan.

RM 30,000.00 X 30% = RM9,000.00 ?? maka dengan ini bank menganggap pendapatan anda adalah sebanyak RM9,000.00 sebulan. Daripada 9k tu bahagi la 3. Maka tinggal lah RM3k . RM3k itulah yang bank lihat sebagai maksimum bayaran bulanan yang anda mampu bayar. Kereta apa yang bulanan nya RM3k ye?? mewah nya ..huhu

3.  DOWNPAYMENT

Bagi seorang peniaga, kalo anda nak mudah lulus loan kereta , pastikan minimum d/p anda lebih daripada 10% harga kereta tersebut. Katakan kereta tersebut berharga RM100k. So minimum d/p anda adalah RM10k . Lebih daripada tu, dijamin lebih mudah lulus. Lagi satu, pastikan umur 24 tahun keatas ye, kalau bawah daripada tu nanti , perlukan penjamin.

bagi peniaga yang berminat nak buat loan kereta . sediakan dokumen :

1) SSM
2) IC/Lesen memandu
3) 6 bulan company bank statement
4) EA form/ resit cukai income tax (kalo bayar income tax lagi cun)

Sekian.... ilmu yang tidak seberapa sangat pun . huhu

PERMULAAN DIDALAM DUNIA PERNIAGAAN


Assalamualaikum kepada para pembaca , saya teringin nak berkongsi pengalaman saya memulakan perniagaan saya didalam bidang kosmetik dan kesihatan secara amnya. Berkongsi sedikit tentang latar belakang saya sebagai graduan didalam bidang Kejuruteraan Awam daripada Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak. Saya sendiri tidak sangka setelah tamat pengajian selama 1 tahun, saya telah mempunyai bisnes saya sendiri . Jadi pada hari  ini saya ingin berkongsi cerita bagaimana saya memulakan perniagaan saya secara mudah.


Perniagaan Saya sendiri , HANIS BEAUTY COLLECTION (Hanis tu nama mak, x lupa kat mak)



1. Mula-mula saya berdoa pada Allah agar pilihan saya untuk bergelar sebagai ''bussinesman'' dipermudahkan . Huhu

2. Saya mencari satu jenis perniagaan yang saya lihat amat menguntungkan , bersesuaian dengan modal yang saya ada. Kemudian saya terus mendaftar syarikat saya sendiri.

3.Setelah saya tahu perniagaan apa yang saya ingin ceburi, saya terus mencari kedai untuk disewa.

4. Setelah saya berjaya mendapat sebuah kedai yang saya sewa, saya terus memohon pinjaman dengan TEKUN  .

5. Saya bermula dengan modal sebanyak RM20,000 pada awalnya, dan kini Alhamdulillah, perniagaan saya kini semakin bertambah maju .

itu sahaja cerita secara ringkasnya.

9/10 Rezeki datang daripada perniagaan =D

TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca , hari ini saya nak share sikit tips ringkas bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan berdasarkan pengalaman saya. Pastikan anda dah tetapkan matlamat anda. Okay ??

1. KUMPUL PENGALAMAN 

Saya mencadangkan sekurang-kurangnya anda pernah bekerja didalam satu bidang yang spesifik sebelum anda memulakan perniagaan sendiri . Contohnya anda nak jadi buka bengkel kereta, anda bekerja terlebih dahulu sebagai seorang mekanik. Dah rasa cukup pengalaman, dah kenal supplier , anda dah tahu ''pro'' dan ''con'' didalam bidang tersebut, maka , anda dah boleh mulakan langkah seterusnya.

2. RANCANG PERNIAGAAN 

Pastikan anda dah mula membuat kertas kerja untuk mengira kos modal, sewa + utiliti dan sebagainya dan juga anda dah cari lokasi tapak perniagaan anda, pastikan ianya strategik.

3. MODAL PERNIAGAAN

Berbalik kepada kumpul pengalaman, anda juga perlulah mengumpul sedikit simpanan untuk dijadikan modal untuk membuka perniagaan anda sendiri. Selain itu juga, anda juga boleh lah memohon pinjaman daripada TEKUN  http://www.tekun.gov.my/ . Saya sendiri membuat pinjaman dengan pihak TEKUN. Sebenarnya ada banyak lagi institusi kewangan yang menawarkan pinjaman perniagaan, tapi TEKUN adalah yang paling mudah bagi saya. Jadi saya syorkan sebaiknya buatlah pinjaman dengan TEKUN.

4. PERKENALKAN  PERNIAGAAN ANDA

Pada pendapat saya untuk mendapatkan keuntungan daripada perniagaan anda, anda perlulah membuat promosi hebat, memberi diskaun dan melayan pelanggan dengan penuh mesra. Inilah cara saya perkenalkan perniagaan saya kepada orang ramai. Apabila seorang pelanggan berpuas hati dengan harga barang yang saya jual murah, beliau akan mula menyebarkan berita tentang kehadiran perniagaan saya kepada kawan-kawan beliau , dan rantaian tersebut berjalan tanpa henti.  Sebenarnya banyak lagi cara untuk memperkenalkan perniagaan anda, tapi setakat ini saya hanya kongsikan berdasarkan pengalaman saya.



                  Jadi setakat ini sahaja tips yang ringkas untuk sesiapa yang hendak memulakan sebuah perniagaan. 9/10 rezeki itu datang daripada perniagaan. =D .