Assalamualaikum, zaman muda saya dulu banyak saya habiskan masa dan wang untuk mengubahsuai enjin motor untuk bagi laju. Walaupun motor saya takde lah laju mana pun, namun saya memahami asas yang wajib untuk melajukan motor jenis 2 stroke .
1. CYLINDER BLOCK
Block RR ceramic shark 68mm
Berapa jumlah cc motosikal anda akan mempengaruhi kekuatan enjin anda .
Kekuatan enjin diukur dengan membaca HP dan TORQUE. Pada pengalaman saya, semakin besar saiz piston yang digunakan, semakin tinggi HP anda, bagi sesiapa yang beminat nak main highway, nakkan top speed jahat, seharusnya aim pakai blok besar, dan dapatkn 30HP keatas kalo nak dapatkan top speed 180 km/h keatas lebih mudah. Kalo HP dah tinggi, barulah boleh adjust saiz spoket yang sesuai untuk top speed yang di inginkan.
ER6N 72.1 HP . top speed 200km/h
Yamaha R6 122 HP , top speed 260km/h
RR 150 27HP on rear wheel dyno . top speed 180km/h ( superman )
oh ye speed yang saya bagi untuk RR tu semua mengikut meter gps, kalau ikut meter rr dah ketuk saing-saing R6 jer.
2. HEAD
tidak perlu pening-pening, kalau berminat nak power low-mid rpm, head potong sedikit, kalau nak rpm power kat top end, lebih baik biarkan standard. Ni tips paling simple , nak lebih detail nanti banyak nak pakai kalkulator.
3.EKZOS
Lihat gambar rajah , setiap kali end stroke, mesti ada lebihan minyak yang tidak terbakar lagi terkeluar, bila tengok balik gambar rajah, lebihan minyak warna hijau tersebut masuk kembali kedalam kebuk pembakaran, ini kerana chamber ekzos direka khas dengan timing yang tertentu supaya lebihan minyak tadi masuk semula. So, jangan pandai-pandai nak alter ekzos korek sendiri. Hantar kepada mereka yang berpengalaman dan terbukti di litar.Huhu. Kebanyakkan ekzos afterarket akan alter power motor anda di rpm yang tertentu . Dan kebiasaannya ianya direka untuk blok std dan porting std tanpa usik apa-apa. Mengikut pengalaman saya, ekzos std adalah yg terbaik untuk stable power output,kalau ekzos aftermarket, lagi la moto x boleh blah, tidak ada kena mengena setting angin minyak pj mj x ngam. Yang tak ngam timing pulse untuk tolak balik lebihan minyak yang terkeluar daripada end stroke sebelumnya.
4. CARBURETOR
Semakin besar saiz piston, saiz carb juga perlu dibesarkan. Tapi sebenarnya saiz carb perlu lah sesuai mengikut saiz piston , senang citer tengok pada jumlah cc, 150cc seeloknya 28mm , pandai tune baik-baik better saiz carb 30mm , paling penting nak draw habis power put daripada enjin , kena adjust mj pj cun , make sure tidak terlalu lean dan tidak terlalu rich. Since 2 stroke naik dyno x boleh baca AFR , tu yang payah sikit nak set sebab asap 2T boleh rosakkan alat O2 sensor. Just check balik pada plug, plug reading la katakan. make sure dapat coklat2 basah, tu dah cun sangat.
Pengalaman saya yang tidak seberapa, ini sahaja yang saya dapat membantu , ni sumer based on my self experience. Ambil jernih , buang mana yang keruh, saya still banyak lagi nak kena belajar . =D